Friday, August 21, 2009

Ramadan dan Keistimewaannya

Ramadan dan Keistimewaannya


Muqadimah :

Setiap tahun Ramadhan al-Mubarak disambut meriah sekali dengan pesta makanan yang terdiri daripada pelbagai juadah dan cita rasa serta jamuan berbuka puasa. Bazar-bazar Ramadhan juga tumbuh bagaikan cendawan pada musim hujan. Alangkah ruginya kita jika itu sahaja yang diraikan tanpa amalan yang berlipat kali ganda kerana Ramadhan telah diiktiraf sebagai bulan yang terbaik daripada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam. Oleh itu, rebutlah peluang pada bulan Ramadhan untuk melipat gandakan amalan kerana ia terlalu istimewa.


Keistimewaan Bulan Ramadan

Ramadhan al-Mubarak mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihan. Di antaranya ialah :-

1. Bulan untuk memperbanyakkan dan menambahkan pahala.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:-

“Sekiranya hamba Allah mengetahui hakikat kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan sudah pasti mereka mengharapkan supaya bulan Ramadhan itu kekal sepanjang tahun”.
(Riwayat At-Tabrani)

2. Selamat daripada gangguan syaitan

Maksud Hadis Nabi S.A.W.

“ Apabila tiba sahaja bulan Ramadhan maka terbukalah pintu syurga, tertutuplah pintu neraka dan terbelenggulah (diikat) akan syaitan ”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Bulan yang dapat menghapuskan dosa

Maksud Hadis Nabi S.A.W.

“Solat lima waktu (yang didirikan) dan dari satu jumaat ke satu jumaat, dari satu Ramadhan ke satu Ramadhan menghapuskan di antaranya dosa-dosa (kecil) selama mana dijauhi dosa-dosa besar”.
(Riwayat Muslim)

4. Pahala amalan wajib yang dilaksanakan seperti pahala melakukan tujuh puluh amalan wajib manakala pahala sunat yang dilaksanakan mendapat pahala seperti amalan wajib.

Maksud hadis Nabi S.A.W:-

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Kepada semua rider-rider atau pelawat2 yang mengunjungi blog ini kami mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan...

Sambung kayuhan lepas raya nti....

Sunday, August 2, 2009

MENGAYUH KE GUNUNG SENYUM

Pukul 9 pagi 2/8/2009 rider2 campuran dari Temerloh, Bera & Paya Pulai yang di ketuai oleh seorang otai iaitu Bang Nasir telah mengayuh ke Gunung Senyum..tapi rider2 yang pakai Road Bike tu pegi dulu la..hehe..kitaorg lambat la skit.., sampai di Gunung Senyum pada pukul 10.45 pgi...lbih kurang 1 jam 45 mnit.., Terima Kasih rider2 yang banyak membantu tunjuk ajar..maklum la MTB Team Temerloh/Bera ni baru lagi....Alhamdulillah selamat semuanya...cuma Bang Firdaus mengalami sedikit kecederaan..tapi masih boleh mnyaguh lagi tuhhh..

InsyAllah akan bertemu lagi dengan rider2 ni di kayuhan yang lain plak......Terima Kasih Bang Nasir Bike dan anak buah dia...



GABUNGAN RIDER2 DARI TEMERLOH, KERAYONG DAN PAYA PULAI

SEMPAT RIDER2 SARAPAN DI HENTIAN REHAT & RAWAT TEMERLOH....

RAKAN2 MEMBANTU TAYAR BASIKAL ANAK BUAH BANG NASIR PANCIT


BANG MAZAR N DIDI KELETIHAN.., FIRDAUS, ABOH N KOI STEADY LAGI HEHEHE....


BANG FIDAUS MENGALAMI SEDIKIT KECEDERAAN..TAPI MASIH BOLEH RIDE LAJU LAGI...TENGOH NGURUT KAKI TU...